4 Mei 2002
Friday 4 May 2012
Alhamdulillah hari ini genap 10tahun ulangtahun perkahwinanku.syukur kehadrat Ilahi dengan izinNya rumahtangga kami bertahan sehingga kini.
Doaku agar hubungan cinta dan kasihsayang antara ku dan abang,kekal berbahagia hingga akhir hayat,jua ke Jannah..
Percaturan Allah begitu baik,diberi rezeki yang tidak terhingga kepada ku dan abang,anugerah yang paling terindah iaitu anak2 yg bagi kami penyejuk mata hati kami..insyaAllah dgn zuriat kami ini.akan kami bentuk anak2 menjadi anak yg soleh..mudah2an Allah perkenankan doa kami.
abang,sekian lama kita bersatu hati,susah senang,pahit manis bersama2,perit getir hadapi hidup,abang banyak mengajar saya mengenal erti hidup yg lebih bermakna,erti dewasa,abang byk membimbing saya.walaupun kita berjauhan ku tahu iringan doa abang sentiasa utk ku dan anak2.ku sentiasa dapat redha abang,insyaAllah ku jua ingin redha Allah.
ku bersyukur sangat2 menjadi isterimu abang,tiada kata2 yg dapat kuluahkan selain doaku jua sentiasa untukmu.agar abang diberi kesihatan yang baik,umur yang panjang lagi berkat bagi meneruskan sisa2 umur kita bersama2.abang boleh terima saya seada2nya.begitu jua ku,kuterima abang jua seada2nya.
abang,saya mencintai abang sepenuh jiwa raga saya ikhlas kerana Allah.tentunya rumahtangga yang dibina ini jua ikhlas kerana Allah.Andainya maut memisahkan kita,kuredha,jua ikhlas kerana Allah..
abang,terima kasih diatas segala-galanya.