my best shot...

Thursday 20 December 2012

   hai sahabat2 semua...sedia maklum ayu pernah bekerjasama dgn kameramamawafiy.but now dh beberapa bulan berehat seketika dr mengambil gambar utk menjaga kesihatan diri n baby yg ayu kandung ni..ni antara gambar kesukaan ayu sepanjang bekerjasama dgn kawan ayu,liza..hope u all suka tengok gambar ni ye
*
*
*

*
*
*
 
*
*
*
 
*
*
*
 
*
*
*
 
sebenarnya ada banyak lagi gambar2 yg menarik...in sha ALLAH nanti ayu upload lagi ye..hope semua suka tengok
 
terima kasih sudi singgah..suka dgn blog ayu????jangan lupa follow ye..hhihihi



Read more...

lama sungguh......

Sunday 16 December 2012

     lama sungguh tak jenguk blog.dah suram jee.assalammualaikum semua..ayu baru ada peluang untuk mengupdate blog ni.byk perkara yg perlu dilakukan.sebagai surirumah semestinya sibuk dgn keluarga.tambah lagi di waktu percutian sekolah ni..
 
       anak2 la paling seronok bila tiba masa cuti ni..alhamdulillah syukur walaupun suami tiada disisi kerana mencari rezeki dimana laut memisahkan kami tetapi hati kami saling dekat..en suami di labuan ayu pula di seremban..anak2 tetap boleh ber video call dgn ayahnya bila ayah mereka balik ke port..kekadang tu dekat 2 minggu tak dengar suara en suami sb tiada connection jika en suami berada di lautan persisiran brunei..
 
      syafiq,haziq,wafiq dan ibu sayang dan rindu ayah..in sha ALLAH tk lama lagi kita akan bertemu dan yg paling istimewa abg akan bercuti panjang utk menjaga dan bersama ayu sehingga habis patang nt.sememangnya begitu,abg akan menjagaku sehingga abis pantang sama seperti anak2 yg lain.mama ayu just dtg jenguk je..bertuah sgt bgiku sb abg terlalu istimewa..
 
   sekarang ayu hamil sudah 20 minggu lebih.in sha ALLAH due
datenya bulan 4 nt..pastinya ayu merindui abg disisi ketika saat ini..bersabarlah wahai hati...ayu yakin doa abg sentiasa ada utkku dan anak2..
 
      my hero pula tak sabar nak tunggu dpt adik baru..ermm bila tanya mereka nk boy ke girl..yg abg syafiq tak kisah,haziq nk girl dan wafiq pula nak boy..apa2 jantina anak yg bakal lahir nt,ayu terima seadanya sesungguhnya Allah beri rezeki yg paling besar nikmatnya bg ayu dan suami.syukur sgt2..
 
       berbalik pd percutian anak2..ayu seimbangkan dgn aktiviti luar dan pelajaran agamanya..alhamdulillah anak2 suka sgt.antaranya pergi mandi air terjun,mandi laut,jln2 cari makan.manakala aktiviti keagamaan,mereka mengikuti kursus bahasa arab dan fardu ain,tuisyen dan mengaji Al-Quran.abg syafiq dah khatam pd umur 8 tahun.kini haziq pula akan mengikuti abg syafiqnya..in sha ALLAH tahun depan dgn izin Allah haziq akan khatam Quran juga.

      alhamdulillah Allah kurniakan anak2 mudah bangun pagi..mendirikan solat,mengaji,membaca buku,melukis,bermain,bijak dan doaku moga anak2 menjadi anak yang soleh,mentaati Allah,mentaat ibubapa,mendirikan solat tepat pada waktunya,mengamalkan ilmu Al-Quran,memberi manfaat kpd semua yg berada disekeliling mereka,mendoakan selalu utk ibu dan ayah dan berjaya dunia akhirat..Aamiin

   oklah nanti kita sambung lagi ye ..kepada yg sudi singgah baca blog ayu ni,jika suka follow la ye..TERIMA KASIH
 
 
 
 


Read more...

jatuh cinta dengan......

Sunday 22 July 2012

Assalammualaikum.....
hai selamat berpuasa semua.dengan Izin Allah mudah-mudahan Allah terima solat ,puasa & amal ibadat yang kita lakukan..insyaAllah moga puasa kali ini lebih bermakna buat kita semua...

                      Ayu nak kongsi dengan semua sahabat2 baik ayu, dimana ayu mula jatuh cinta dengan kamera Dslr ni ketika mana suami ayu mempunyai hobi baru iaitu mengambil gambar kira2 2 tahun lepas..dari situlah bermulanya ayu mengenali dunia seni photography ini...

  ilmu photography yg pertama ayu kenali ialah landscape & nature photography..bermulalah hobi ayu mengambil pemandangan yg cantik,keindahan pantai yang pasirnya masih memutih,air terjun yang mengalunkan deruan air lagi sejuk mata memandang....oohhh ayu jatuh cinta!!!!....

                       dimana saja langkah ayu terhenti,disitulah ayu akan mengambil gambar & merakamkan detik2 indah yg ayu lihat.dgn ini setiap kali ayu mengambil gambar dari lensa ayu..ayu dapat rasakan dekatnya diri ayu dengan Maha Pencipta...Allahuakbar,Allah menjadikan langit & bumi begitu indah sekali....

               kubersyukur diatas nikmat Allah berikan kepada kita semua ini.Alhamdulillah...kemudian ayu cuba pelbagai rakaman,iaitu flora & fauna,street photography & HDR image, yg terbaru portraiture photography...yang bestnya portrait ni lebih kepada baby,kids sb ayu memang suka budak2..hihihihi..lagi maternity portrait n birthday party pun ayu ambil gambar...

            syukur sangat2 sebab suami dgn izinnya memberi galakan dan kami berkongsi minat yg sama..mula2 dulu,kalau outing pun dgn en.abang je & belajar dari majalah2 photo serta rajin buka website photography hebat luar & dalam negara..        
lepas tu sebab ayu fikir masih banyak lagi yg kena belajar,en abang pun bagi ayu ikuti kursus photography,bengkel & outing dengan group photographer yg hebat iaitu cikgu Adhadi Mohd.

        Alhamdulillah ayu dapat ramai kawan yg mempunyai sama minat...
syukur sangat2..hanya yang ayu pinta,agar ilmu yang ayu pelajari ini dapat sama2 ayu salurkan kebaikan walaupun hanya melalui gambar & dapat mendekatkan hati sesiapa saja melihat keindahan alam ciptaan Allah swt & keagunganNya agar kita sentiasa mensyukuri pemberianNya  kepada kita sebagai hambaNya...

       buat pengetahuan semua idola ayu dalam photography ini ialah Ustaz Azhar Idrus dimana beliau bukan saja hebat dalam memberi ceramah malah hebat juga dalam dunia photography...betapa indah dan cantiknya setiap keping gambar yang diambilnya...hanya melalui gambar beliau dapat sampaikan dakwah...kini sudah ramai anak muda mudi tertarik mendengar ceramah beliau..alhamdulillah

ok la,ayu nak kongsi beberapa keping gambar buat semua....

*
*
*

*
*
*


*
*
*



*
*
*


*
*
*



 
*
*
*

 *
*
*


*
*
*

           gambar2 diatas masih dalam proses pembelajaran..banyak lagi yang ayu perlu dalami dari segi teknik,komposisi,penataan cahaya,ISO,aperture,ermm dan banyak lagi...begitu luas skop bidang photography ini...

          rasanya cukupla untuk kali ini..insyaAllah di entry yang akan datang ada banyak lagi gambar yang nak ayu kongsikan bersama2 sahabat semua... 


terima kasih kerana sudi singgah utk baca entry ayu,jangan serik ye utk singgah lagi..hihihi
terima kasih daun keladi,jika suka datangla lagi ye..


bye ! bye !



Read more...

best shot gambar baby Ifwan Ariff..

Tuesday 3 July 2012

Assalammualaikum....
apa khabar semua?alhamdulillah selesai 1 kerja pd 1 hb 7 ,2012.dimana ayu pergi bersama liza untuk shot gambar majlis kenduri cukur jambul & aqiqah baby Ifwan Ariff di bangi.baby Ariff baik sangat.senang je nak shot gambarnya..

terima kasih kepada Puan Afidah Kasim dan suami En Luqman Hakim yg sudi memilih kami KameraMamaWafiy sebagai photographer di majlis kalian..

layanan kalian amat baik dan diharapnya Puan Afidah berpuas hati dgn hasil kerja kami.alhamdulillah juga ayu & liza ingin ucapkan terima kasih banyak2 krn beri makan kpd kami yg sedap2 semuanya, lauk pauknya,kuih muihnya & buah2an tempatan serta ada juga kambing bakar bersama black pepper sos..ermmm macam2 ada...

pengalaman buat ayu ketika ambil gambar seperti ini.terima kasih kepada liza  yg telah banyak beri tip2 mengenai exif kamera,mengawal exposure,flash dan ohh byk sangat yg ayu belajar...thanks again to liza.

ini antara gambar yg di shot oleh ayu...buat tatapan sahabat2 semua...hope sahabat2 like gambar2 ni ye..

*
*
*


*
*
*

*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*


*
*
*

terima kasih kepada semua sahabat2 bloggers  yg sudi singgah blog ayu ni & sudi baca entry ayu kali ni...insyaallah dilain kali ayu wat entry yg lain pula ye..

TERIMA KASIH daun keladi
kalau boleh singgah la lagi
jika suka entry ayu ni
follow la ye sama..hihii
nanti ayu follow awak balik

bye....





Read more...

Sunday 24 June 2012

Assalammualaikum....
hai semua sahabat.u all buat apa tu??dah minum petang??petang ni ayu buat mee hailam n teh'o ja...sedap makan mee ni ketika masih panazz..laju ja hero2 ayu memakannya...

berbalik semula kpd entry yg ayu nak share dngn semua ialah 1st nak citer mengenai KameraMamaWafiy..ayu telah dilantik menjadi admin bersama selaku photographer di KameraMamaWafiy..pemiliknya sahabat baik ayu,Liza Fitri..kalau korang rajin singgah le facebook page n like sama ye


KameraMamaWafiy terdiri daripada 3 sahabat juga ibu yg berkongsi minat mengambil gambar dan berpakat utk berkerjasama dalam mengembangkan bakat kami ini.Ayu,LizaFitri Dan Zurina ZulKafli
We are three mums who decided to work together in capturing ur best moment with your love one.


Maternity|Newborn|Babies|Kids|Family|Party

sahabat semua yg berminat boleh la tempah ngan KameraMamaWafiy ye...insyaallah gambar2 semua cantik.anda akan berpuas hati.yg penting harga berpatutan

ini antara pakej KamareMamaWafiy sediakan
*
*
*


                                                                                 
                                                                                 *
                                                                                 *
                                                                                 *


*
*
*




ini juga turut KamareMamaWafiy sediakan...
*
*
*


*
*
*

*
*
*

*
*
*



oklah semua cukup la kali ni..insyaallah nanti entry yg akan datang ayu citer lagi ye.TERIMA KASIH sudi singgah blog ayu,jika sudi follow la ye,hihih nanti ayu follow awak semua tau..

bye! bye!

Read more...

merindui akan Blogku

Thursday 21 June 2012

Assalammualaikum...

lama betul tidak mengupdate blogku ni...ermmm apa khabar semua sahabat2 baik ayu...dah berkepam juga blogku ni.sebulan lebih juga lamanya,rindu kat blogku ni..tidak sempat nak jengah pun..hihihi

dikebelakangan ni,dek kekangan masa ayu amat sibuk sekali.. ni pun curi2 masa sekejap utk melihat blogger2 kesayangan ayu punya citer..wahhh byk perkara yg ayu ketinggalan.apa2 pun anda semua dihati ayu..ayu sentiasa mengingati kalian...

kesibukanku yg pastinya dgn menguruskan anak2 & rumahtangga,selain itu minatku kian mendalam terhadap dunia photography.ayu telah mengikuti bengkel,kursus & outing bersama2 sahabat2 photografer yg sgt hebat dlm bidang ni..ermm nak tahu apa cerita sebenarnya ,nanti ayu update citernya yee.

begitu juga tidak disangka2 dalam minatku mengambil gambar,ayu ditawarkan utk berkerjasama dgn seorg sahabat baik ayu dalam menjayakan KameraMamaWafiy..thank you so much to my dear friend,Liza Fitri kerana sudi mengajak ayu menjadi partner as photografer di KamareMamaWafiy..korang mesti tertanya2 apa tu KamareMamaWafiy kannnn???.ok ni juga akan ayu citerkan didlm entry ayu yg akan dtg...tunngguuu..

dan yg paling penting sekarang,usahaku kiat perkukuhkan ialah......issshh nape plk ayu tak bagitau ye.hihihii berdebar2 plk ..mcm suspen jee bunyi nyee kan...haaaaa ni pun korang kena tunggu di entry yg ayu akan masukkan nt...

apa2 pun terima kasih kpd semua sahabat2 blogger yg sudi singgah di blog ayu yg tak seberapa ni...

terima kasih daun keladi
lain kali singgah la lagi ye
dan jangan lupa, follow la blog ayu sama ye..hihihihihi
nanti ayu follow balik awak semua...

TERIMA KASIH

Read more...

4 Mei 2002

Friday 4 May 2012


Alhamdulillah hari ini genap 10tahun ulangtahun perkahwinanku.syukur kehadrat Ilahi dengan izinNya rumahtangga kami bertahan sehingga kini.

Doaku agar hubungan cinta dan kasihsayang antara ku dan abang,kekal berbahagia hingga akhir hayat,jua ke Jannah..
Percaturan Allah begitu baik,diberi rezeki yang tidak terhingga kepada ku dan abang,anugerah yang paling terindah iaitu anak2 yg bagi kami penyejuk mata hati kami..insyaAllah dgn zuriat kami ini.akan kami bentuk anak2 menjadi anak yg soleh..mudah2an Allah perkenankan doa kami.

abang,sekian lama kita bersatu hati,susah senang,pahit manis bersama2,perit getir hadapi hidup,abang banyak mengajar saya mengenal erti hidup yg lebih bermakna,erti dewasa,abang byk membimbing saya.walaupun kita berjauhan ku tahu iringan doa abang sentiasa utk ku dan anak2.ku sentiasa dapat redha abang,insyaAllah ku jua ingin redha Allah.

ku bersyukur sangat2 menjadi isterimu abang,tiada kata2 yg dapat kuluahkan selain doaku jua sentiasa untukmu.agar abang diberi kesihatan yang baik,umur yang panjang lagi berkat bagi meneruskan sisa2 umur kita bersama2.abang boleh terima saya seada2nya.begitu jua ku,kuterima abang jua seada2nya.

abang,saya mencintai abang sepenuh jiwa raga saya ikhlas kerana Allah.tentunya rumahtangga yang dibina ini jua ikhlas kerana Allah.Andainya maut memisahkan kita,kuredha,jua ikhlas kerana Allah..

abang,terima kasih diatas segala-galanya.



Read more...

seronoknya hero2 ibu

Monday 19 March 2012

السلام عليكم


entry kali ni pula cerita mengenai cuti sekolah yg baru lepas...my hero ckp,sekejap je rasa seminggu rasa mcm sehari...apa taknya main je cuti ni..buku sekolah x usik langsung,nasib laa ada tuisyen..ada la juga usik pensel,kertas,,hiihiii


walaupun ayahnya tiada disisi utk bermain2 ngan anak2,ayu tahu iringan doa ayah sentiasa ada bersama2 kami..hari rabu lepas kami dipelawa oleh sahabat baik ayu,kak Suaniza Abdullah dtg ke kampungnya...seronoknya rasa,dpt pengalaman duk d kg kak sue..kami berada di KG TANJUNG JUAN,SERI MENANTI selama 2hari 1 malam...


sampai disana,terus kami ke jeram..tak sangka ayu,ada air terjun yg sgt jernih,bersih dan persekitarannya sgt nyaman...betapa besarnya nikmat Allah SWT beri kpd kita,khazanah alam yg indah,harus kita jaga sebaik mungkin utk generasi akan dtg...kak sue siap bawa bekal dr rumah.nasi,daging lemak cili api,ikan goreng,sayur grg,meehoon grg,sup tulang,ermm macam2 ada..disana mak dan abah kak sue dh menanti kami.ayu panggil mak,mesra rasanya panggil mak..mak pula bawa rendang ayam kampung daun puding....Ya allah,alhamdulillah rezki ayu aritu..dapat merasai masakan mak kak sue yg sgt sedap..pertama kali ayu rasa rendang ayam campur daun puding..memang terbaik.suka ayu tgk syafiq makan byk sgt rendang..haziq & wafiq pun sama mkn byk..ayu pula bawa sandwish sardin n sosej...






kiranya ni perkelahan kami di musim cuti sekolah..seroonok sgt,tak terkata.anak2 mandi sakan sampai kecut2..itupun tak nak keluar bila dipanggil...smpi ke petang kami disana...solat juga disana,ada pondok yg bersih tempat kami berehat.disitu juga ada dusun buah2an kak sue..abah cakap klu musim buah ni...nmpk buah je..smpai tak termakan...ermm saat yg kunantikan...musim buah !!!! ayu akan datang lagi...hihhiii...tak sorek raso eeii nak poei laie ko kg kak sue...insyaAllah ada rezki sampai la lagi ayu kesana ye..terima kasih byk2 kak sue.










lepas puas bermandi manda,kami blk ke rumah mak abah..wahhh perasaan seronok bertambah bila melihat luasnya laman rumah,ayam kampung yg banyak,ada kambing,lembu dari luar pagar rumah kelihatan,anak2 pula boleh bermain2..teringat zaman ayu masa kecil2 dulu...petang tu mak sediakan minum ptg pula,kuih karipap,kentang grg dgn air teh o..baiknya mak dan abah kak sue..moga Allah saja balas jasa baik kak sue sekeluarga melayan ayu dan anak2 yg bertandang ke kg kak sue.

.


kami mandi di rumah pula..sejuknya air kolah..tak sama di rumah ayu..puas mandi,anak2 macam biasa plk dgn air sejuk dr kolah..malam pula kami makan lauk rendang bersama lauk2 yg lain..mak panaskan sebab byk mak masak,kami mkn lauk siang td cuma kak sue masak lg nasi dan goreng sayur kacang panjang..alhamdulillah kenyang kami..anak2 pun tdo,ramai2 tido kat ruang tamu..baru seronok.ayu pula bersembang dgn kak sue smpi dekat pukul 2..ermm punya seronok b'sembang sampi x sedar dh lewat mlm..









pagi esoknya pula kami bersarapan dgn nasi lemak,kuih muih,roti telur,milo panas..alhamdulillah rezki dipagi hari..suasana kg mmg nyaman,sejuknya sampai ke tulang..jadi mandipun agak lewat la kami anak beranak.slps sarapan kami berborak2 mesra dgn mak,kak sue smbil nak menyediakan juadah utk tengah hari pula..mak masak special terung salai bersama santan,perah air limau,cili api,rendang ayam kampung bersama daun puding tetap dijamu,sb rendang ni lagi lamo,lagi sodap raso eeii,ikan semilang salai gulai cili api kak sue masak,ada sotong,ayam,mcm2 lauk ada..byknya..nila keistimewaan berada di kg,dapat merasa makanan yg ayu tak pernah rasa.masakan kg,mmg terbaik...




alhamdulillah pengalaman yg indah buat ayu dan anak2.terima kasih byk2 tak terhingga kpd kak sue,mak,abah krn sudi ajak ayu dtg ke kg...moga Allah saja yg balas dgn kebaikan buat kak sue sekelurga...insyaAllah ada peluang kita berjumpa ye..



kpd semua sahabat yg sudi baca entry, ayu juga ucapkan terima kasih..follow juga ye jika sudi.
.





Read more...

Followers

berpesan-pesan,ingat-mengingati antara kita walau satu ayat..moga Allah Redha

"gementar kulit2 orang yg takut kepada TuhanNya,kemudian menjadi tenang kulit & hati mereka di waktu mengingati Allah


"Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa :

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”



"yang mendengarkan perkataan lalu mengikutinya,ia yg paling baik diantaranya,mereka itulah diberi oleh Allah petunjuk & mereka itulah orang2 yg mempunyai akal"



"Ya Allah semoga Kau limpahkan kesejahteraan keatas Penghulu kami Nabi Muhammad saw yg dgnNya dpt melapangkan rezeki bagi kami & menjadikan baiknya akhlak kami serta curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabat-handai serta berikanlah keselamatan"































© MasAyuPhotography2013. Powered by Blogger.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP