Andai Puasa ini yang Terakhir Bagiku...
Monday 1 August 2011
Syukur kehadrat Ilahi krn memanjangkan usia kpdku utk menyambut bulan Ramadhan tahun ini....Alhamdulillah..Moga amalan ibadat puasaku diterima Allah swt..Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan yang penuh dgn kebaikan,sangat teristimewa dan penuh hikmah..
kusedar,telah banyak dosaku lakukan..oh Ya Allah.kau terimalah taubatku..kuberdoa agar terus sentiasa bermuhasabah diri memikirkan dosa2 yg dilakukan oleh anggota badan terutamanya hati..moga kudapat gunakan peluang yg terbentang luas ini utk bertaubat dan kembali kpd fitrah krn manusia itu tidak terlepas melakukan dosa.
Taubat kunci ke syurga..Ya Allah ku tidak layak utk kesyurgamu namun ku juga tak mahu ke nerakamu..maka itu terimalah taubatku dgn taubat nasuha.ku sebagai hambaMu Ya Allah,tidak tahu bilakah aku akan mati.moga kujua tidak membiarkan diri ini leka dan biarkan hari berlalu begitu sahaja tanpa bertaubat.
Seorang Rasul Allah dan bersifat maksum masih lagi memohon ampun kpdMu..aku hambaMu yg kerdil lagi lemah.siapalah aku jika tidak mengingatiMu dan bertaubat kpdMu.Kaulah Yang Maha Agung mengetahui segala2nya..aku serahkan diriku kpdMu sesungguhnya ibadahku,solatku,hidup dan matiku semuanya krn Mu Ya Allah..
moga puasa kali ini bermakna buat diriku dan diterima ibadahku...Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabb...dengan izinMu permudahkanlah urusanku di dunia dan akhirat terutamanya dlm membersihkan jiwa dan bersegera bertaubat serta lazimkan lidah utk beristighfar memohon keampunanMu...sesungguhnya aku tahu taubat itu pintu ke syurgaMu..