pizza's ayu

Sunday, 18 March 2012


arini ayu buat pizza.anak2 nak..alhamdulillah,seronoknya ayu tgk mereka makan..


rasa puas bila ayu masak ,anak2 pula berselera makan,syukur,pabila seseorg ibu memasak ikhlas utk anak2nya,dari 'air tangan' ibu harap,moga syafiq,haziq & wafiq sentiasa ingat kat ibu ye...:)


sahabat2 ayu nak belajar wat pizza tak??..senang je...jom try masak utk anak2.klu rajin watla seminggu sekali takpun kita bawa je ke pizza huts..hihihii..tapi bagi ayu, ayu suka wat sendiri..boleh letak byk2 toppingnya...cheese selambak..ermm bila potong tu...menarik2 mcm tali getah je cheese tu..




resepinya senang je:

utk doh tepung


1 kg tepung
yis kering mauripan 1 paket
air suam suku cawan
gula 1 sudu
marjerin@ mentega 3 sudu
minyak 2 sudu
pelembut doh 2 sudu(senang didpti disupermarket,kedai2 pun ada)
uli sehingga tepung tak melekat pd tangan...agak2 melekat lg tambah air sedikit demi sedikit ye..


cara2nya:

tepung dicampur bersama marjerin & minyak..gaul sebati,kemudian yis mauripan yg telah dikacau bersama gula dan air suam tadi,masukkan kedalam tepung yg dh digaul td..uli,penyek2kan,tumbuk2 sikit...biarkan selama 1/2 jam..ditutup dgn kain yg lembab...(boleh dpt 5 pinggan besar..byk tu..puas mkn)

utk sos:



ikut suka..senang je yg penting ada sos tomato dlm tin..
ayu guna sos spagetti je..
bawang besar potong dadu
bawang putih potong dadu
bayleave 1 helai
daging hancur@ ayam


cara2nya:


tumis dgn minyak zaitun @ minyak masak biasa (pun boleh)
segala bhn yg dipotong dadu bersama daging hancur
kemudian campurkan sos spagetti..
masak sehingga pekat.
setelah masak,biarkan sejuk seketika


utk topping:


terpulang kpd sahabat2 nak letak apa
mcm ayu suka letak
sosej
bawang yg dihiris
black olive
capsicum hijau,kuning
nenas dlm tin potong hiris
cheese cheedar
cheese mozarella


caranya:


ikut sukala nak tabur byk mana..
hhiiihi yg penting
doh tepung tadi diuli mengikut saiz yg disukai
kemudian letak sos dulu
lepas tu letak toppingnya..susunla cantik2 kasi penuh


bakar dlm 1/2jam dgn suhu 180-200'c.tapi ikut saiz juga kalau besar lebihkan masa membakarnya..


selamat mencuba...

terima kasih sudi membaca entry ayu..jangan lupa follow ye









Read more...

Angpau pertamaku as Amateur photographer

Friday, 2 March 2012

Assalammualaikum..... tika mula2 lirikan mataku memandang kpd kamera DSLR...terus jatuh cinta kpdnya..amboi feelingnya mcm bercinta ngan en abgku..hihiiihii alhamdulillah tak sangka juga en abgku juga punya minat yg sama...abg minat kpd landskap n nature photography..manakala diriku amat minat ambil potret anak2,kira sume minatlah but still mencari dan terus mencuba..kerana dunia photography ni amat luas.. Dalam minatku ini sekadar menjadi hobi mengisi masa lapang... 

tak disangka2 kawan lama ku gee memanggilku utk mengambil gambar satu perasmian produk..Ya Allah terkejutnya diri ini...betul ke ni macam x percaya..namun gee bagi kata2 semangat mengatakan ayu boleh buat... 

dengan berbekalkan semangat nak buat yg terbaik ,ayu memandu kereta ke ktm seremban dn terus parking disana..naik komuter..wlupun setelah sekian lama tak naik komuter adalah dlm 10thn.ayu beranikan diri..ikut2 nak je drive kereta ke PWTC namun bila difikir2 kembali dgn perasaan yg gemuruh.dari tahu jalan.terus jadi hilang punca..ada jg yg sesat ni kang..ambil gambar ke mana,apa pun tak jadi..hihiiii 

Pertama kali ayu sampai ke PWTC..wah gahnya bangunan segah namanya...alhamdulillah perasaan sedikit lega..kumenunggu kedatangan gee dan terus gee bawaku ke Dewan Tun Hussien Onn Hall B..dengan sedikit penerangan dari mama gee,pn Sharifah Mariam bt Syed Mohd Razali dari Stevian Roselle Group (SRG,Johor Bahru)..gambar apa yg perlu diambil,dengan situasi, ku mula mengerti... 

Majlis dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Pn.Sri Datin Hjh Noorainee bt Abdul Majid selaku penaung dan diiringi oleh Pn Jamaliah bt Baba selaku CEO Stevian Roselle Group... 

Alhamdulillah kerjaku berjalan dengan lancar..ketip2,tap2,laju je ayu ambil gambar..perasaan seronok tak terkata..wahh!! sehingga selesai majlis..kuaamati dari awal hingga akhir Pn Sri isteri kepada TPM kita amat peramah orangnya.. 

selamat sudah majlis pelancaran produk roselle yg mengandungi pelbagai khasiat utk kesihatan diri...sedap pun sedap jus roselle ni. 

Terima kasih yg tak terhingga kpd gee,mama yg memanggil ayu utk bersama2 dlm majlis besar ini dan menjaga ayu dgn makanminumnya...dan yg paling tak sangka ayu dapat ANGPAU PERTAMA AS AMATEUR PHOTOGRAPHER...diatas usahaku ini..

syukur kupanjatkan kehadrat Ilahi dgn rezeki yg ayu dapat serta pengalaman pertama mengambil gambar utk majlis seperti ini.. 

kepada gee,terima kasih daun keladi ,kalau boleh panggillah ayu lagi....hihihiihiii sangat teruja sebenarnya ni.. Ayu nk kongsi sedikit gambar2 yg diambil...hope you all enjoy baca entry ayu kali ni.. 

terima kasih buat semua.. 



















Read more...

berdegup2 hatiku

Saturday, 25 February 2012

Assalammualaikum..lama sungguh x update blogku ini...bila jari jemari ni nk mula menaip rasa kencang dlm hati,laju rasa denyupan jantung umpama hari  bersejarah masa pertama kali nk jadi isteri kpd en suami.....
Alhamdulillah rasa lega bila dengar suara anak2 yg menjadi penguat semangatku....walaupun hati aku kian merindu kpd abg yg jauh beribu batu terpisah dek laut yg terbentang luas,kuredha...abg pergi mencari rezeki utk keluarga...iringan doaku sentiasa utk abg,moga sentiasa selamat & berada dlm perlindungan Allah..
anak2ku penghibur hatiku tika ibu amat memerlukan ayahmu berada disisi,syafiq n haziq sudah biasa bila ayahnya tiada tetapi wafiq masih kecil tidak megerti apa2,hari2 tanya,ayah mana,nak ayah ...ooohh soalan itu buatkan airmata ibumu ini mengalir...sabar ye sayang,begitulah perkara yg sama,hari berganti hari,wafiq masih sama,ibu juga tahu anak2 amat memerlukan ayah disisi cuma mereka seolah2 mengerti akan semua ini,anak2 ibu kuatkan,syukur terubat rindu ibu & anak2 bila mana dpt video call dr ayah...tersenyum ibu melihat gelagat2 anak bila bersembang ngan ayah....hilang sedihku tetapi itu cuma seketika..ayah ingin belayar kembali...insyaAllah ayah akan call lagi,mugkin seminggu,2 minggu ...tak tentu.tak mengapalah kusetia menanti anak2 begitu jua..
Isnin ni bermulalah ujian penilaian wat syafiq & haziq,ibuayah sentiasa doakan kamu tenang menjawab soalan dan lulus dengan cemerlang..insyaAllah segala2nya dengan izin Allah..cukupla buat kal ini..insyaAllah ada peluang aku akan wat entry yg lain pula ye.terima kasih yg sudi membaca dan wat abg, 







ibu,syafiq,haziq & wafiq sayang ayah sangat2..
love u so much




Read more...

Followers

berpesan-pesan,ingat-mengingati antara kita walau satu ayat..moga Allah Redha

"gementar kulit2 orang yg takut kepada TuhanNya,kemudian menjadi tenang kulit & hati mereka di waktu mengingati Allah


"Janji Allah amat jelas di dalam ayat 100 surah al-Nisa :

“…Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati, maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”



"yang mendengarkan perkataan lalu mengikutinya,ia yg paling baik diantaranya,mereka itulah diberi oleh Allah petunjuk & mereka itulah orang2 yg mempunyai akal"



"Ya Allah semoga Kau limpahkan kesejahteraan keatas Penghulu kami Nabi Muhammad saw yg dgnNya dpt melapangkan rezeki bagi kami & menjadikan baiknya akhlak kami serta curahkanlah kesejahteraan atas keluarga dan sahabat-handai serta berikanlah keselamatan"































© MasAyuPhotography2013. Powered by Blogger.

  © Blogger templates Newspaper by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP