lambang kebahagiaan abadi
Sunday 31 July 2011
siapa yg tidak mahu bahagia..bahagia adalah suatu yg abstrak,tidak boleh dilihat dengan mata,tidak boleh diukur dengan angka tertentu & tidak boleh di beli dgn wang ringgit.kebahagiaan adalah sesuatu yg dirasakan seorang manusia dalam hatinya.hati yg tenang,dada yg lapang dan jiwa tidak dirundung malang,itulah kebahagiaan.
Imam Ibnu Al-Qoyyim mengatakan ada tiga tanda kebahagiaan:pertama,bersyukur ketika mendapat nikmat,kedua,bersabar ketika menerima dugaan dan ketiga,bertaubat ketika melakukan kesalahan.beliau berkata,sesungguh tiga perkara itu tanda kebahagiaan seorang hamba dan tanda keberuntungannya di dunia dan akhirat.
Hasan Al-Bashri pula menyatakan," carilah kenikmatan dan kebahagiaan dalam tiga hal iaitu dalam solat,berzikir dan membaca Al-Quran.jika kalian dapatkan dalam tiga hal itu maka itulah yg diinginkan,jika kalian tidak dapatkan,maka sedarilahbahawa pintu kebahagiaan sudah tertutup buatmu.
Malik Bin Dinar mengatakan,"tidak ada kelazatan selazat mengingati Allah."ada ulama salaf yang mengatakan,pada malam hari orang yang gemar solat malam itu merasakan kelazatan yang lebih dari kelazatan yang dirasakan orang yang bergelumang dalam hal yang sia2".
bolehkah aku mendapat kebahagiaan ini,Ya Allah permudahkanlah aku untuk mencari sinar bahagia didalam kehidupanku..